Fibromyalgia..

sakit..

memang seronok kadang-kadang sakit ni..sbb fikirkan sebagai kifarah atau ujian dari yang Maha Kuasa..

kadang-kadang seronok rasa bila rasa sakit tu seolah-olah difahami orang sekeliling..

lagi seronok dan bersyukur Alhamdulillah bila diiringi dengan rasa redha seikhlas hati menerima dan menanggung segala rasa sakit seorang diri..

tapi........

semuanya seakan terbantut sekejap bila mula ada segelintir pihak yang cuba meletakkan diri kita dalam diri mereka..bukannya meletakkan diri mereka ke dalam diri kita.. dari itu mulalah..

******

takpe, boleh..dulu pun saya macam tu jugak, itu tak boleh ini tak boleh..tapi kena kuatkan semangat, nanti mesti boleh..

awak ni suka sangat fikir negatif, belum cuba lagikan..dah buat nanti, mesti boleh..

takkan la yang ringan macam ni pun tak boleh pegang..cuba gerak-gerakkan tangan tu selalu, lama-lama mesti awak dah baik..sebab rasa malas tu laa yang buat lagi sakit semua kaki tangan..

jalan kat sana tu boleh..sebab apa nak keluar bagi satu kertas kat depan ni je tak boleh, terus awak nak cakap sakit..

kalau dah tahu awak tu sakit, rajin-rajin laa ke masjid..duduk kat situ mengaji ke, solat jemaah ke, dengar ceramah ke..

******

ya Allah..seandainya aku mengadu begini, adakah aku disamakan dengan orang-orang sakit yang dianggap tidak redho seikhlasnya dengan ujian-Mu..??

sebab sefaham aku..orang-orang yang ikhlas dan redho, tidak akan mengaduh sakit..dan tidak akan mengadu dengan setiap ujian yang Kau beri..ujian seperti mendengar dan mengadap orang-orang yang kata faham aku sakit..tapi sebenarnya hanya Dia saja yang faham..takde orang lain yang betul-betul faham..

untuk yang disana semuanya.....

aku bukannya tak nak cuba buat apa yang korang buat..kadang-kadang aku boleh buat A dan B, tapi C yang lebih senang aku tak boleh buat..bukannya apa, selalunya aku akan pilih..yang mana penting untuk seseorang, aku akan cuba buat yang itu..biarpun hakikatnya memang aku sakit bila buat..

tapi bila mana ianya untuk menyenangkan sesetengah pihak atau penting untuk seseorang, aku rasa bahagia dan seronok dapat buat biarpun terpaksa bertahan sakit..tapi bila nak buat C (kemungkinan hal aku sendiri ataupun memang kepentingan orang lain)..aku dah tak larat nak buat..

bukan sebab aku malas, tapi aku memang sakit..aku cuba bertahan untuk A dan B..jadi, semestinya bila aku minta tolong untuk C yang lebih senang tu sebab aku dah tak larat, kudrat aku sampai disitu..ataupu sebab aku nak simpan sikit kudrat untuk hal D dan E..

bukan aku tak nak cuba buat apa yang korang buat..bukan aku tak nak angkat barang-barang..tapi aku tahu, tangan, jari, sendi, kaki aku boleh bertahan atau tidak..aku faham korang kata senaman lama-lama nanti elok laa..aku buat juga, tapi dengan cara aku yang termampu..makanya tak laa sehebat dan sekerap yang korang nak aku buat..

aku tahu had kudrat aku setakat mana..bila dipaksa dan dipaksa, badan aku akan sakit didalam..nak tunjuk pun korang tak nampak..takde lebam, takde calar atau luka sebagai bukti..

tapi aku tahu..sakit sangat setiap urat, sakit sangat setiap otot, sakit sampai rasa kat tulang temulang, sakit sangat setiap sendi, rasa tertolak-tolak organ dalaman..dari hujung kepala sampai hujung jari kaki..

kadang-kadang berjalan..jari-jari kaki macam diramas-ramas, tumit macam sengal ngan buku lali, tapak kaki rasa macam tajam-tajam, betis macam ditarik-tarik, lutut macam tulang digesel dengan kulit bisanya, otot peha rasa macam dipulas-pulas dan ditolak menyucuk tulang pinggang, bontot sakit macam kena tumbuk, tulang pinggang macam menolak-nolak organ kat pinggang dan perut..

tangan yang pegang tongkat..sakitnya jari-jari tangan yang genggam tongkat macam retak-retak sendi jari, tapak tangan rasa macam lebam tak boleh nak tekan ke tongkat, lengan macam nak tercabut punya sakit kat siku dan bahu, sakit sampai ke tulang belikat, bahu dan leher, sampai sakit tengkuk yang rasa macam urat menimbul sebab dok tahan tangan ke tongkat, sampai sakit kepala kadang-kadang..

duduk pun tak boleh lebih 10 minit dah sakit tapak kaki, betis, peha, tulang belakang, bontot dan perut (ni sebabnya aku tak boleh duduk dalam kereta lama-lama..sakit sangat)..berdiri pun tak boleh lebih dari 10 minit dah sakit semua satu badan..nak rukuk pun sakit..nak sujud pun sakit..baring lama pun sakit, kena ubah-ubah posisi dan tempat selang beberapa minit..itu pun nak suruh aku angkat itu ini dan naik turun tangga..

macam mana nak cerita, macam mana nak tunjuk..kalau boleh aku kiaskan setiap rasa dalam tulisan, akan aku bukukan untuk korang baca..kalau boleh aku lorekkan atas kanvas, akan aku lukiskan semua untuk korang tatap..kalau boleh aku luahkan semua..

aku takkan doa supaya korang rasa sakit yang aku rasa..aku tak nak simpati kesian semua..aku cuma nak korang faham..